PENGENALAN
Usahawan
merupakan penggerak dan pemangkin ekonomi negara. Sesebuah negara itu tidak
akan mencapai taraf negara maju sekiranya tidak mempunyai usahawan yang berjaya
serta berdaya saing yang tinggi. Hal ini kerana, usahawan itu merupakan tulang
belakang dan nadi penggerak ekonomi sesebuah negara. Tugasan ini akan
membincangkan mengenai ciri-ciri yang berkaitan dengan usahawan yang berjaya.
Usahawan merupakan individu paling dinamik dan lebih bersedia untuk berhadapan
dengan ketidaktentuan dalam usaha mereka untuk mengejar kejayaan. Ciri-ciri
keusahawanan yang dimiliki akan menjurus mereka untuk menjadi lebih yakin serta
lebih bersedia untuk merebut peluang serta berhadapan dengan cabaran.
1
CIRI-CIRI
USAHAWAN YANG BERJAYA BERSAMA TOKOH USAHAWAN.
1. RANGKAIAN
Rangkaian
adalah peralatan perniagaan yang memainkan peranan penting untuk menjadikan
usahawan itu berjaya kelak. Rangkaian bererti hasil dari strategi hubungan yang
lepas dan sumber untuk strategi yang akan datang. Sekiranya usahawan mempunyai
rangkaian yang baik untuk pengguna luaran dan dalaman, ia akan menjadi mudah
untuk usahawan memperolehi kelebihan terhadap peluang perniagaan dan
menyelesaikan masalah mengenai perniagaan mereka. Oleh hal yang demikian,
setiap usahawan perlu membina kemahiran rangkaian kerana ia akan menjadi
pemangkin kepada pencapaian sasaran objektif perniagaan.
Selain itu, rangkaian yang baik juga
mempunyai beberapa kelebihan kepada usahawan dan perniagaanya. Antara
kelebihannya adalah kemudahan mencapai (accessibility) yang baik, reputasi yang
baik yang boleh menjadi role model kepada usahawan yang lain dan
jangkaan/pengharapan (expectation) contohnya, rakan rangkaian mungkin
mengharapkan yang syarikat tersebut secara efektif menentukan harga untuk
syarikat lain.
Seterusnya, dalam golongan usahawan
yang terkemuka di Malaysia, terdapat seorang tokoh perniagaan yang mempunyai
ciri rangkaian dalam perniagaan yang diusahakan olehnya. Usahawan tersebut
ialah Tan Sri Anthony Francis Fernandes yang juga dikenali sebagai Tony
Fernandes. Beliau merupakan pengasas “Tune Air Sdn Bhd” yang memperkenalkan
penerbangan tambang murah kepada rakyat Malaysia.
Tony Fernandes menggunakan peluang
rangkaian untuk melebarkan lagi legasi perniagaannya dengan membentuk usaha
sama di Thailand dan Indonesia di mana AirAsia memegang 49% kepentingan dalam
kedua-dua syarikat penerbangan di negara tersebut. Hubungan atau rangkaian yang
baik terjalin antara syarikat penerbangan AirAsia dan beberapa buah syarikat
penerbangan dan komunikasi di Thailand dan Indonesia telah membuka peluang
syarikat AirAsia untu meluaskan perniagannyanya di rantau Asia malah turut
menjadi buah mulut para usahawan diperingkat global. Kejayaan yang dimiliki
oleh Tony fernandes kini boleh dijadikan sebagai contoh untuk menjadi perangsang
kepada usahawan lain.
2. PENGAMBIL
RISIKO
Usahawan
merupakan seorang insan biasa, apa yang membezakan antara usahawan dengan insan
biasa adalah sikap mereka sendiri. Seorang usahawan lebih rela atau sanggup
mengambil risiko dalam segenap penjuru keadaan demi sebuah kejayaan dalam
hidupnya berbanding seorang insan biasa yang tidak sanggup mengambil sebarang
risiko dalam meningkatkan taraf hidupnya. Oleh itu, seorang usahawan seharusnya
mempunyai ciri sebagai seorang pengambil risiko yang baik demi perniagaannya.
Banyak kajian mendapati bahawa kecenderungan mengambil risiko adalah sebahagian
daripada ciri keperibadian seorang usahawan yang berjaya. Kecenderungan
mengambil risiko dalam perniagaan hemdaklah secara bijak dan terancang.
Keberanian mengambil risiko perlu diimbangi dengan pengetahuan dan kefahaman
mengenai cara menialai dan menangani risiko terbabit.
Bukan itu sahaja, beberapa tahun
kebelakangan ini, pengurusan risiko semakin diberi penekanan dalam sudut
pengurusan perniagan. Para pakar dan pengkaji pengurusan menghasilkan beberapa
kaedah khusus untuk menilai risiko. Melalui kaedah tertentu, pihak pengurusan
boleh menentukan sama ada sesuatu risiko itu tinggi, sederhana atau rendah
tahapnya, dengan itu bolehlah pihak pengurusan syarikat mengambil tindakan
bersesuaian dengan risiko terbabit.
Sebagai contohnya, seorang usahawan
yang cintakan kebajikan iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sanggup
mengambil risiko dalam perniagannya apabila beliau melibatkan diri dalam projek
besar iaitu penswastaan Johor Port Sdn. Bhd. dan Johor Tenggara Oil Pam Sdn. Bhd., beliau juga menjayakan projek
Pelabuhan Tanjung Pelepas. Hasil daripada risiko yang diambil, beliau telah
Berjaya menpopularkan pelabuhan tersebut sehingga dapat meyakinkan dua buah
syarikat perkapalan antarabangsa.
Kini, sejarah kejayaan Tan Sri
Mokhtar Al- Bukhary telah memberi inspirasi kepada seluruh warga usahawan di
Malaysia. Kisah yang hanya bermula sebagai seorang peniaga sayur dan roti canai
di pasar dan pada hari ini beliau mampu memegang sejumlah pegangan atau syer
dalam beberapa buah syarikat tempatan juga antarabangsa dan menubuhkan Yayasan
al-Bukhary iaitu badan kebajikan milik beliau sendiri dan seorang usahawan yang
mengutamakan kebajikan kepada masyarakat.
3. PEMERHATIAN
Usahawan
yang berjaya adalah seorang yang mampu berfikiran jauh kehadapan, kritis,
kreatif dan inovatif kearah keusahawanan kerana mereka perlu mengenalpasti
peluang-peluang dalam persekitaran mereka dengan cara melalui pemerhatian yang
teliti supaya boleh menjana idea, gambaran atau langkah-langkah ke arah satu
tindakan untuk merebut peluang yang ada dan juga mampu menyelesaikan sesuatu
masalah dalam perniagaan. Usahawan yang berjaya dapat menganalisis persekitaran
dan merebut peluang dengan cepat. Mereka bijak memerhati keadaan perniagaan
tanpa melepaskan semua peluang yang ada dalam mengembangkan perniagaan.
Melalui kaedah pemerhatian ini,
usahawan mampu menilai dan membuat keputusan dalam mengembangkan proses
perniagaan yang dimiliki supaya mereka boleh terus berjaya atau
sekurang-kurangnya mampu bertahan dalam usaha mereka. Amalan memerhati persekitaran
adalah bertujuan menganalisis pemerhatian secara kritis dan kreatif bagi
menghasilkan idea. Melalui pemerhatian juga, usahawan akan menyesuaikan idea
baru dengan keperluan masyarakat dan persekitaran dan akhir sekali berusaha
melakukan peningkatan kualiti idea.
Usahawan yang menggunakan kaedah
ciri pemerhatian dalam perniagaannya ialah Harsukhlal Maganlal Kamdar, peneraju
gedung pakaian Kamdar. Harsukhlal memulakan perniagaannya dalam bidang import
eksport tetapi diberhentikan akibat Perang Dunia Kedua. Selepas itu, beliau
sering menunggang basikal 20 hingga 30 batu sehari di sekitar Pulau Pinang bagi
melihat dan memerhati bidang perniagaan yang berpotensi. Kemudian beliau telah
pergi ke Singapura bagi menyertai perniagaan import eksprot kain, sagu,
kekacang, kain guni dan bermacam barang lagi. Beliau telah bekerja dan mencari
pengalaman selama tiga tahun di Singapura. Pada tahun 1950, Harsukhlal telah
membuka perniagaan yang diberi nama BA Lalaji dan kemudiannya bertukar kepada
BH Kamdar & Kamdar. Perniagaannya telah berkembang dan beliau turut membuka
kedai di Kuala Lumpur. Melalui pemerhatian yang dilakukan beliau berpendapat
Kuala Lumpur merupakan sebuah kawasan yang berpotensi untuk menjalankan
perniagaan dalam jangka masa panjang.
Ekoran itu, Harsukhlal telah meninjau peluang untuk membuka cawangan
yang lain di Kuala Lumpur dan pada tahun 1980-an, beliau membuka sebuah kedai
Kamdar di Jalan Chow Kit dan di Globe Silk Store.
4. BERVISI
Usahawan
yang berjaya merupakan seorang usahawan yang berpandangan jauh dan sentiasa
berfikiran kehadapan dalam mencipta sesuatu yang baharu untuk perniagannya.
Ciri seperti ini sangat penting dan perlu ada dalam diri setiap usahawan di
dunia ini. Usahawan yang berpandangan jauh atau bervisi ini sentiasa melihat
persekitarannya, adakah wujud peluang atau ancaman terhadap perniagannya. Walau
bagaimana pun, seorang usahawan yang bervisi perlu berupaya mengawal ancaman
dari sudut luaran mahupun dalaman perniagaan sebagai satu peluang untuk
meningkatkan lagi keupayaan syarikat sehingga dapat bersaing dengan syarikat
yang lain.
Berikutan keadaan persekitaran
seperti keadaan ekonomi yang tidak menentu, kejatuhan nilai matawang, kuasa
beli pengguna menurun dan sebagainya, ia boleh mendatangkan kerungsingan kepada
banyak syarikat untuk bertahan dalam perniagaan mereka. Oleh itu, sebagai
seorang usahawan yang bervisi dan sentiasa berpandangan jauh, seharusnya para
usahawan perlu bijak mencari peluang yang wujud dalam persekitaran supaya dapat
mengekalkan kejayaan sesebuah perniagaan tersebut.
Di negara kita Malaysia, terdapat
seorang tokoh yang memegang falsafah ‘tiada apa yang mustahil’ iaitu Tan Sri Dr.
Jeffrey Cheah, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sunway. Beliau merupakan
seorang yang bervisi. Hal ini kerana beliau telah lama bercita-cita untuk
membangunkan Bandar Sunway, namun ramai yang kurang percaya dengan kemampuan
beliau untuk membangunkan kawasan bekas lombong itu. Dengan semangat yang
tinggi dan jiwa yang kental beliau berjaya membangunkan Bandar Sunway di
kawasan bekas lombong tersebut yang kini telah bernilai RM 2 bilion. Bandar
tersebut merupakan bandar yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti pusat
pengajian, perhotelan, pusat peranginan, kompleks membeli belah, hospital
berteknologi tinggi serta kawasan perumahan yang unggul di kawasan Lembah
Klang.
Keazaman dan semangat yang tinggi
oleh Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah boleh dijadikan sebagai pemangkin kepada uasahawan
di luar sana untuk berani mengambil peluang dan sentiasa bervisi dalam
menjalankan perniagaan demi meningkatkan keupayaan perniagaan dalam pemperoleh
keuntungan.
5. KEGAGALAN
SEBAGAI SATU PILIHAN
Kejayaan
seorang usahawan banyak bergantung kepada kemampuannya. Liku-liku hidup seorang
usahawan adalah kompleks. Usahawan perlu mengharungi berbagai-bagai halangan
dan masalah perniagaan. Usahawan perlu mempunyai ketabahan dan kecekalan diri
yang tinggi dan sanggup menerima kegagalan dan belajar melaluinya. Usahawan
yang cekal akan berusaha mencari jalan untuk mengatasi rintangan-rintangan dan
mampu menjadikan kegagalan sebagai satu pilihan untuk maju dalam bidang
perniagaan. Usahawan juga, harus peka kepada kemampuan sendiri dan
mengenalpasti halangan dalaman dan luaran supaya halangan-halangan tersebut
dapat diatasi.
Kebanyakan faktor-faktor yang boleh
menjadikan seorang usahawan itu berjaya dengan cemerlang terletak kepada
usahawan itu sendiri. Faktor-faktor ini terletak kepada kemampuan usahawan
untuk mengawal dan memperbaikinya. Oleh sebab itu, seorang usahawan tidak
seharusnya menyalahkan pihak-pihak lain apabila menemui kegagalan. Usahawan
perlu bangkit dan sentiasa melihat kepada diri sendiri dan bersedia memperbaiki
apa juga kelemahan yang ada. Tiada jalan ringkas dan pengganti bagi usaha yang
gigih dan tekun.
Antara tokoh usahawan yang memilih
kegagalan sebagai satu pilihan untuk terus maju dalam bidang perniagaan ialah
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Dalam sejarah kejayaan beliau menjadi usahawan
berjaya, beliau turut mengalami kegagalan iaitu pada tahun 1970-an, perniagaan
binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki
dan mulut. semua binatang ternakan mati begitu sahaja. Oleh sebab itu, beliau
telah beralih kepada perniagaan menjual daging ais secara kecil-kecilan dan
tidak lagi menjalankan aktiviti peternakkan. Selain itu. beliau juga telah
menubuhkan Syarikat Susu Mas Sdn. Bhd. pada tahun 1979, iaitu sebuah syarikat
usaha sama dengan New Zealand Milk Products dan memasarkan di bawah jenama
Fernleaf dan Anchor. Namun ekoran dari kegawatan ekonomi, beliau telah menjual
kepentingannya pada tahun 80-an. Beliau
tidak pernah berputus asa di sebalik kegagalan terdahulu, malahan beliau
semakin bergiat aktif dalam bidang perniagaan dalam sektor yang lain.
6. KETERBUKAAN
BUDAYA
Usahawan
yang berjaya haruslah memiliki ciri keterbukaan budaya dalam menguruskan
sesebuah perniagaan. Keterbukaan budaya membawa maksud, usahawan boleh menerima
pendapat dan pandangan orang lain serta persekitaran sekeliling di dalam
organisasi perniagaannya. Usahawan mempercayai dan boleh bekerjasama dengan
pekerja bawahan yang lain dan tidak mudah dipengaruhi orang lain dalam
menguruskan perniagaan. Usahawan amat memerlukan tenaga dalaman dan luaran yang
tinggi bagi memotivasikan beliau menjayakan perniagaan mereka. Dalam proses
membuat keputusan, usahawan perlulah mengambil kira kesemua faktor dalaman dan
luaran organisasi serta mengambil kira kesemua pihak yang berkepentingan dengannya.
Usahawan menggunakan strategi-strategi pengaruh bagi mewujudkan kepintaran dan
kecekapan rangkaian yang lebih luas.
Usahawan pastinya seseorang yang
dapat berfikiran bebas dan matang. Seseorang yang berfikiran bebas dapat
melihat, merebut dan menganalisis peluang yang ada dengan sendirinya.Usahawan
sentiasa membuka mindanya serta tidak mudah terpengaruh dengan pengaruh luar.
Usahawan akan menjadikan pendapat orang lain seperti rakan kongsi, pengurus dan
pekerja bawahannya sebagai panduan.
Antara tokoh usahawan Malaysia yang
mengamalkan ciri keterbukaan budaya dalam perniagaan ialah Tan Sri Ananda
Krisnan. Beliau mempercayai pekerja dibawahnya. Beliau percaya dengan kepakaran
para pekerjanya dalam menjana idea dalam perniagaan dan ini di buktikan apabila
beliau telah memberi tanggugjawab dalam mengurus kepada beberapa pekerjanya
yang professional dan berkaliber. Tan Sri Ananda Krisnan percaya bahawa idea
pengurusan akan lebih menarik apabila
mendapat pelbagai buah pandangan dari pihak-pihak lain. Hal ini, yang
menyebabkan beliau mampu menguruskan dan mengembangkan perniagaannya dalam
bidang Telekomunikasi iaitu Maxis dan Astro. Kepakaran pekerjanya dikongsi dan
digabungkan menjadi satu idea pengurusan yang mantap. Ini dibuktikan dengan
nilai kekayaan syarikat Telekomunikasinya iaitu Maxis dan Astro yang sudah
mencecah angka 81.48 billion.
7. BERORIENTASIKAN
HASIL
Usahawan
yang berjaya akan merancang dan menetapkan segala matlamat dan wawasan dalam
perniagaan. Usahawan yang berorientasikan hasil sentiasa menitik beratkan
standart dan mutu pekerja yang tinggi nilainya yang akan mendapat kelebihan
daya saing dengan pesaing yang lain dalam sektor yang sama yang boleh
mendatangkan hasil yang lumayan. Hal ini disebabkan pengguna sentiasa
mememerhati dan mengkaji serta membandingkan kualiti sesuatu produk sebelum
memilikinya. Melalui ciri usahawan berorientasikan hasil, usahawan berusaha
untuk menghasilkan produk yang berkualiti yang mampu memenuhi keperluan dan
kehendak pelanggan serta membolehkan perniagaan berkembang dengan maju.
Sebagai contoh, usahawan yang
mempunyai ciri keusahawan berorientasikan hasil ialah Steve Job, peneraju
industri komputer yang mempunyai ciri-ciri kreatif dan inovasi. Beliau
merupakan pengasas kepada Apple Computer Corporationdan merupakan orang terkaya
sebelum mencapai umur 30 tahun. Beliau pernah menerajui next Corporation yang
menawarkan program pendidikan system pengkomputeran, tetapi mendapati peluang
perniagaan dalam bidang perkakasan komputer lebih memberi peluang keuntungan
yang tinggi berbanding dengan perisian komputer. Sehingga kini, jenama Apple
telah mendapat tempat dihati penggemar gajet seluruh dunia yang menyebabkan
syarikat Apple memperolehi hasil keuntungan berlipat kali ganda.
8. BERORIENTASIKAN
KUMPULAN
Berorientasikan
kumpulan merupakan salah satu daripada ciri-ciri seorang usahawan yang berjaya.
Usahawan yang mempunyai ciri-ciri seperti ini akan lebih mudah dalam mengawal
dan menguruskan perniagaan beliau berbanding usahawan yang lain. Usahawan
berupaya untuk menjalankan perniagaan dengan lancar melalui oreintasi
berkumpulan. Hal ini kerana, usahawan akan membuat beberapa kumpulan mengikut
kepakaran yang dimiliki oleh pekerja dalam syarikat tersebut. Oleh hal yang
demikian, proses penjanaan keuntungan syarikat akan berjalan dengan lebih
lancar dan teratur.
Usahawan perlu bijak dalam
mengagihkan pekerja dalam beberapa kumpulan mengikut kemahiran dan kepakaran
pekerja tersebut supaya pekerja dapat menjalankan tugas masing-masing dalam
satu kumpulan dengan baik. Sekiranya pekerja dapat menyesuaikan diri dengan
kaedah bekerja dalam kumpulan ini, maka mereka akan lebih bersemangat dan
bermotivasi kearah mencapai matlamat perniagaan iaitu meningkatkan keuntungan.
Sebagai contoh, usahawan kedua
terkemuka di Malaysia Tan Sri Ananda
Krishnan. Satu fakta menarik berkenaan beliau adalah beliau tidak menguruskan
semua perniagaannya secara sendiri, akan tetapi beliau melepaskan tanggungjawab
tersebut kepada beberapa individu professional yang cukup berkaliber dalam
membentuk sebuah kumpulan yang proaktif untuk menjalankan perniagaan beliau.
Antara bukti kejayaan Tan Sri Ananda Krishnan adalah 3 syarikat utamanya telah
berada di Bursa Saham Malaysia iaitu Astro, Maxis dan Bumi Armada. Ketiga-tiga
syarikat ini mencecah nilai pasaran sebanyak RM81.48 Billion. Walaulaupun
beliau merasakan nikmat kejayaan dan juga padah kegagalan sebagai seorang
usahawan, beliau tetap meneruskan usaha beliau dalam mengembang dan memajukan
lagi syarikat-syarikat miliknya sehingga ke tahap global. Semangat dan kekentalan
hati seorang uasahawan seperti Tan Sri Ananda Krishnan ini perlu menjadi contoh
yang baik kepada para bakal usahawan di Malaysia.
9. PROAKTIF
Proaktif
bermaksud sikap positif yang merangka dan mengawal tindakan yang dilakukan jauh
lebih awal daripada jangkaan akan berlakunya sesuatu perkara atau kejadian.
Sebagai seorang usahawan yang berjaya, sikap proaktif dalam diri perlu
dipraktikkan didalam perniagaan masing-masing. Usahawan merupakan nakhoda dalam
syarikat atau sesebuah perniagaan. Oleh itu, seorang usahawan yang bersikap
proaktif akan sentiasa melihat atau bijak mencari peluang untuk mengembangkan
lagi perniagaannya.
Usahawan yang proaktif akan
berpandangan jauh dan sentiasa berusaha untuk melakukan pembaharuan atau
inovasi terhadap perniagaannya. Selain itu, usahawan ini juga lebih gemar
membuat perancangan jangka pendek dan perancangan jangka panjang berkenaan
syarikatnya. Usahawan perlu bijak merangka strategi perniagaan masing-masing
supaya sebarang kesilapan dalam operasi perniagaanya dapat diperbetulkan
secepat mungkin. Hal ini kerana proses pembetulan berkemungkinan akan mengambil
masa yang agak lama dan mungkin akan menjejaskan keuntungan perniagaan mereka.
Tokoh yang sesuai untuk dijadikan
role model dalam ciri usahawan proaktif ini ialah Tan Sri Tony Fernandez,
pengasas “Tune Air Sdn Bhd”. Semasa kepimpinan beliau, syarikat penerbangan
fledging dengan hutang RM40 juta menjadi sebuah perniagaan yang berkembang.
Syarikat penerbangan itu telah membayar balik semula hutang dan telah berada
dalam kedudukan yang menguntungkan dari hari pertama operasinya. Kurang
daripada 3 tahun, AirAsia meningkatkan lagi bilangan pesawatnya dari 2 boeing
sederhana 737-300 kepada dan kini beroperasi lebih daripada 100 penerbangan
domestic dan antarabangsa setiap hari dari KLIA , Johor Bahru, Bangkok dan
Jakarta.
Hal ini membuktikan bahawa Tan Sri
Tony Fernandez merupakan seorang yang proaktif. Beliau percaya bahawa setiap
permulaan perniagaan itu memerlukan pengorbanan dan risiko yang tersendiri.
Namun, dengan perancangan yang rapi dan strategi yang tepat, beliau dapat
meraih kejayaan dalam masa yang singkat. Oleh itu, tidak hairanlah jika beliau
diiktiraf sebagai tokoh usahawan Malaysia yang berjaya terutamanya dalam bidang
perniagaan penerbangan di rantau Asia.
2
Rujukan
Ang, J. (2014). Retrieved from
usahawanjennyang.blogspot.my
Mahmood, R., Nasyrah, A., Mohd Saad, R., Yusop, M.,
Norria, Syahrina, . . . Habshah. (2010). Prinsip-prinsip Keusahawanan
Pendekatan Gunaan Edisi Kedua. Singapore: CENGAGE Learning.
Mei, K. T. (2013). Retrieved from
usahawanwibawa.blogspot.my/2013/09/tony-fernandes-airasia.html
Assalamualaikum wr wb.
ReplyDeletesalam persahabatan
Perkenalkan, nama saya Andrean Baskoro, saya tinggal di jawa tengah, Indonesia. Sedikit berkongsi kisah hidup saya, semoga dapat menjadi inspirasi bagi rakan-rakan yang sedang terjerat masalah hutang terutama riba.
3 tahun yang lalu saya pernah rugi dalam perniagaan hartanah dan kotraktor hingga akhirnya terjerat hutang sampai dengan hampir Milyaran. Dari mula kereta operasi s / d kereta peribadi ghaib. Dari merumahkan pekerja sehingga akhirnya saya yang merumahkan diri ..
Ada banyak ikhtiar yang sempat saya lakukan hanya demi kembali bangkit. Dengan baki modal yang tidak seberapa, iseng ikut MMM. terdampar. Cuba peruntungan melalui paranormal, malah tambah susah ... ya pernah. Cuba beli nombor togel (modal nanya-nanya ke dukun), alih-alih nombor yang dijangka keluar, malah-malah nombor dukunnya yang tidak dapat dihubungi lagi (judulnya kena tipu lagi). Cuba mencari pinjaman online, malah disuruh pemindahan kos pentadbiran.
Pada diri saya terpatri: Lebih baik berusaha dan gagal daripada mengumbar aib diri dengan cara meminta orang untuk memahami kesulitan yang sedang saya hadapi. Apapun peluang yang datang, saya follow up. Tidak masuk akal? Mungkin. Hanya saja, saya berkeyakinan bahawa orang baik pasti akan diketemukan dengan orang baik. Seiring berjalannya waktu, Allah bukakan jalannya juga. Di suatu petang saya dipertemukan dengan sebuah dompet. Melalui dompet itulah Allah turunkan cobaan sekaligus jalan yang merubah nasib saya. Saya katakan cobaan, kerana pada masa itu saya tidak pegang wang sama sekali. Sedangkan dalam dompet tersebut selain identiti dan sim pemiliknya, ia juga mengandungi 4 Atm dari Bank yg berbeza sekaligus ada sehelai kertas kecil yang diselitkan mengandungi 6 digit angka.
Saya hanya menduga-duga saja bahawa angka tersebut adalah pin dari salah 1 Atm di dompet. Belum lagi ada wang 2.4 jt rupiah dalam lembaran 100ribuan. Kan wow banget godaannya? Sejujurnya dalam lapar dan dalam desakan bil, ada godaan untuk mempunyai isi dompet tersebut. Hingga akhirnya saya putuskan utk mendatangi alamat yang tertera di dalam kad pengenalan. Sempat tanya sana-sini. Ketika tiba di alamat yg tertera, saya tidak menyangka bahawa menurut warga sekitar, si pemilik dompet tersebut adalah pejabat disalah satu pejabat daerah. Dan kebetulan lagi, beliau tergolong sebagai dermawan di kotanya. Malah katanya, dia tidak segan utk membantu orang yg benar-benar sedang kesulitan. Apakah dengan memberikan pinjaman, atau memberikan modal usaha. Setelah berbual panjang lebar dan akan meminta diri, saya tidak menyangka sama sekali bahawa saya diajak untuk bergabung dalam perniagaan yg dia uruskan.
Pendek cerita, melalui peluang dari beliaulah saya dapat memperbaiki keadaan ekonomi keluarga. Mengenai hutang saya? Ketika saya menulis kisah hidup saya ini, hutang saya telah mendekati lunas hanya kurang kira-kira dari 20jt saja. Jika saudara ingin turut bersilaturahmi dengan beliau, dgn tujuan untuk menyediakan pelaburan modal pada usaha yang saudara urus, atau ingin cuba peruntungan agar masalah hutang anda diberikan penyelesaian, saya bersedia utk mengantarkan saudara pada beliau.
Tenang saja, tanpa bayaran apa-apa kok. Atau sekadar bermaksud utk berkongsi tips tentang bagaimana cara penyelesaian hutang pada kad kredit, KTA atau penyelesaian hutang pada rentenir, saudara boleh menghubungi saya via e-mail di:. Utk nombor telfon / bbm by request yaa.
. Semoga saudara sekalian diberikan kemudahan dan kesabaran. Tetap semangat untuk berikhtiar. Kerana Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum sehingga kaum tersebut merubahnya. salam. Andreanbaskoro31@gmail.com oh iya, maklum saja sih .. Kalau ada yg mengaku boleh tidak meminta pemindahan sejumlah wang, sebaiknya tidak perlu ditanggapi. Tentunya anda tidak ingin bagai membeli kucing dalam karung kan? Kerana kalau pengakuannya memang benar, seharusnya orang tersebut berani untuk bertemu secara langsung.